Universiti Teknologi Curtin

Universiti Teknologi Curtin (bahasa Inggeris: Curtin University of Technology) adalah sebuah universiti berteraskan teknologi yang mendirikan kampus utamanya di Bentley, dalam lingkungan kerajaan tempatan Bandar Victoria Park, Australia Barat. Curtin memulakan operasi dengan nama sekarangnya pada tahun 1986, dan dahulunya dikenali sebagai Western Australian Institute of Technology (WAIT). Nama yang digunakan sekarang bersempena nama seorang bekas Perdana Menteri Australia, John Curtin.[1] Diarkibkan 2008-04-21 di Wayback Machine

Curtin University of Technology merupakan universiti terbesar di negeri Australia Barat[2] dengan lebih 39,000 orang penuntut, yang mana lebih 9,000 daripada mereka menuntut di luar negara.[3] Terdapat lima bahagian utama di Curtin, iaitu Perniagaan (Business); Kejuruteraan, Sains dan Pengkomputeran (Engineering, Science and Computing); Sains Kesihatan (Health Sciences); Kemanusiaan (Humanities); dan Sumber dan Alam Sekitar (Resources and Environment). Sungguhpun tidak dianggap sebagai salah sebuah universiti kajian yang utama di Australia, Curtin makin meningkat reputasinya dengan kejayaan menjalankan kajian dalam bahagian akademik tertentu.[4] Diarkibkan 2008-04-21 di Wayback Machine

Curtin merupakan salah sebuah institusi pendidikan dari Australia yang mempunyai kampus di kota Miri, negeri Sarawak, Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search